Friday, June 24, 2011
Hobi saya suke mengumpul barang.. :)
Posted by Blog Cik Iera at 12:04 AM 0 comments
Monday, June 20, 2011
Tips: mengelakkan pelembab bibir, gincu dari mudah patah
awak2 semua yang cantik manis, saya tau sebagai seorang gadis, wanita dan seumpanya yang tidak pernah lekang dari kecantikan ni pernah menghadapi gincu bibir atau pelembab bibir anda tiba2 je patahkn? untuk mengatasi masalah itu, mudah sahaja, anda perlu cuba menyimpannya didalam peti sejuk anda..peti sejuk ye,bukan peti beku..simpan sehingga anda rasakan gincu tersebut telah mula keras..almaklumlah, cuaca sekarang makin panas, suhu dirumah dan didalam bilik juga semakin meningkat..ia menyebabkan gincu anda berpeluh dan mencair..lainlah kalu dirumah atau dibilik anda dilengkapi dengan aircond.. ;) selain itu, untuk mengekalkan lagi haruman minyak wangi anda, anda juga boleh mencuba tip ini okeh..insyaalah..ia berkesan :))
Posted by Blog Cik Iera at 6:23 PM 0 comments
Tuesday, June 14, 2011
Cinta,cinta,cinta..
Semua orang sibuk dok cerita pasal cinta..itu cinta..ini cinta..sane cinta..sini cinta..mane2 jela..sume cinte..huhu..ak ni tak la nk kate x mengaku xde perasaan cinta..ade..cume..dlm keadaan kontrol perasaan agar tidak terlalu di kaburi dengan cinta hingga hilang pertimbangan..kn?hehe..kerana cinta, manusia sanggup melarikan diri dari rumah mengikut kekasih hatinya..,sanggup menderhaka dan membelakangkan kehormatan ibu bapa, keluarga.,selain itu, ade sesetengah org yang sanggup berubah demi kekasihnya..tidak kasihlah samada kearah kebaikan atau keburukan yang memakan diri sendir,samada lelaki atau perempuan sama sahaja apabila telah mabuk cinta, buta kerana cinta..tetapi, sedarkah mereka pengorbanan menuruti kekasihnya itu adalah tidak dimuliakan Allah kerana sanggup membelakangkan ibu bapa mereka,kata2 dan nasihat hanya sia2.. hal seperti ini yang membuatkan saya sedikit terkilan..kenapa lah remaja hari ini tidak melebihkan Tuhan yg menciptanya, ibu yang melahirkan, ayah yang mendidik mereka sejak dari kecil..ermm.., nasihat saya,berfikirlah secara profesional sebelum terlambat..peringatan ini untuk saya jugak..demi kebaikan bersama,salinglah kita ingat - mengingati,nasihat-menasihati k..walau apa pun kesudahannya, saya mendoakan yang terbaik dalam hidup kita semua..mudah2an dimakbulkan Allah..insyaallah..amin..
p/s:maafkn saya sekiranya bahasa, kata2 yang saya gunakan mengguris hati tuan/puan.. 0-0 k.. Assalamualaikum.. :)
Posted by Blog Cik Iera at 4:45 PM 0 comments
Saturday, June 11, 2011
TIP UNTUK MEKAP
ha..kebetulan sok de majlis org kahwin ni..dok terpikir cam piramid..dari bwh mule2 yg lebar..makin ke atas, makin kuncup(makin kecil)ocntohnye,baju ape nk pkai..bile dh pkai baju yang itu,yg tudung camne plak kn..bile tudung dh gaya itu, warna itu,mekap camne plak..last2, eye shadow kene sepadan ngan baju atau seledang/tudung ni,,,ermm..makin rumit kepale otak ak dok pikir kalu asyik nak berf
esyen ni..tapi, mmg lumrah kalu org perempuan ni bile nk pergi jemputan atau ke majlis kahwin ni..ish3..x sah bang oih kalu x merah2 sket..kn?tp tetibe plak rase cam nak mekap kelihatan simple-se'simple' yg boleh...ha..so..cube kite ikuti serba sedikit antara tip2 yang telah saye pelajari, ikuti, dan kumpulkan tentang mekap..
Asas Penjagaan Kulit
First thing first, sama ada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit majah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Mata
Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam.Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.
Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.
Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.
Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.
Lepas dah letak tu jangan lupa pulak blendkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nampak lingkaran putih plak kat bawah mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah.
Kalau sesapa nak guna maskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara pulak yang buat lingkaran bawah mata..
Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jangan pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu tadi.
Akhir sekali, jangan lupa bahagian kening tu. Kening yang tak terjaga, akan memburukkan lagi penampilan seseorang walaupun mekap bagai nak rak. Kalau tak tau cara nak rapikan kening, mintak bantuan pakar atau pun jika ingin lebih jimat, belajarlah untuk merapikan kening anda sendiri. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika anda tahu caranya.
Jangan sesekali mencukur habis kening anda atau menjadikannya terlalu nipis, kerana sekarang ni dah tak jadi trend lagi dah. Yang penting ia mestilah nampak natural..
Mulut
Lepas meletakkan lipstik atau lip gloss, letakkan sedikit lip gloss yang sedikit terang dibahagian tengah bibir bawah tadi. Jangan gariskan lip liner tu terlalu jauh dari garis bibir..nanti orang ingat badut pulak..
Dah dapat bibir yang meletop tapi susah pulak nak tahan lama.. caranya mudah saja, warnakan bibir dengan lip liner td dan apply lg sekali lipstik di atasnya.. lip liner bertindak sebagai gam dan ia pastinya dapat menahan lipstik dari tertanggal dengan lebih cepat..
Pipi
Jika ada orang cakap anda mempunyai tulang pipi yang timbul (kira cantik la tu) gunakan kelebihan yang ada dengan memberi keutamaan kepada bahagian itu. Ini adalah salah satu teknik yang senang di pelajari.
Gunakan warna peach bagi kulit cerah dan ‘dull pink’ untuk kulit gelap.
Kalau boleh gunakan berus yang besar untuk menyapu blusher supaya sapuan lebih sekata. Takde la nanti macam clown kalau terlalu warna tak sekata. Sapuan haruslah dibuat secara menyerong dari bahagian tulang pipi menghala ke mulut. Jangan pulak sapu dari arah yang bertentangan sebab sapuan yang pertama tu (selalunya lebih terang) haruslah dapat menyerlahkan tulang pipi anda. Barulah boleh kata pipi bak pauh dilayang...
Posted by Blog Cik Iera at 12:45 AM 0 comments