BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, July 6, 2013

FLORIA 2013 " ORKID KHAZANAH TROPIKA"





Assalamualaikum. :)

Program: Floria 2013-Orkid Khazanah Tropika
Tarikh: 21-30 Jun 2013
Tempat: Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Mu ya Allah... Apa yang ak nak kongsikan kat sini pada hari ini ialah pada 21-23,27,29-30 Jun 2013,ak dan geng GWB(Gelombang Warisan Biru Mppd) turut terlibat menjayakan pertandingan landskap sempena Floria 2013 di Persisiran Tasik Putrajaya. Sepanjang aktiviti berlangsung,macam2 ragam, pengalaman yang kita dapat rasai, kongsikan. yang lucu, yang sedih, yang bersemangat semua ada. Pendek kata, pengalaman tak boleh dibayar dengan wang ringgit kecuali dengan merasai dan melaluinya sendiri. cewah. tu pendek yang kata, panjang tak kata pape pun.huhuhu :p

Bertemakan "Orkid Khazanah Tropika", so macam2 jenis bunga, warna, cara hiasan yang dapat kita saksikan pada pameran landskap pada masa tu. Apa yang menarik, setiap raung landskap yang dipertandingkan mempersembahkan daya kreativiti yg sangat2 tinggi nilainya. Semuanya mempersonakan! kepada sesiapa yang tak pergi tu, memang rugi la. terutama sekali kepada si peminat bunga orkid dan hiasan laman dan taman ni. huu.. okey, berbalik pada cerita asal, Mppd mempertaruhkan cabaran yang bertemakan PD bandar tentera darat. Jadi segala persiapan adalah berlatar belakangkan ketenteraan.


#Taman Korporat " WAR MEMORIAL PARK-PD ARMY TOWNSHIP" :)



#Semangat yg penting :)
So, tugas kami disana adalah untuk menceriakan suasana taman landskap sepanjang tempoh tersebut.. Walau pun keadaan ketika itu ruang udara Malaysia diganggu masalah Jerebu teruk akibat kebakaran terbesar di negara jiran, Indonesia menjadikan suasana agak berbeza dari biasa. Kesihatan terganggu, tidak menghalang aktiviti kami untuk terus menghiburkan pelawat disitu dan Alhamdulillah. keputusan telah dikeluarkan dan kami telah dinobatkan sebagai pemenang Golden Best Award President  buat julung-julung kalinya MPPD mendapat tempat dalam pertandingan landskap berbanding sebelum ini :). Alhamdulillah. Terima Kasih kepada Cik Juwita(Arkitek Landskap), rakan2 jabatan Landskap, rakan22 seperjuangan GWB yang bekerjasama dalam menjayakan landskap MPPD untuk Floria 2013 pada kali ini. Ada rezeki jumpa lagi di tahun hadapan ya :D
#Landskap 1

# Juri2 penilai  - sesi penilaian & pemarkahan landskap

#Landskap 2 - sudut pentas persembahan


#Landskap 3 - tugu peringatan

#Landskap 4 simbolik senjata tentera

# Sayu plak tengok mende ni .. ermm.. :(
 Di kesempatan ini, mewakili ahli GWB mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih pada pihak pengurusan MPPD yang memberi kepercayaan kepada kami untuk sama2 terlibat menjayakan program pada tahun ini. Segala kesilapan dan kekurangan harap dimaafkan. (almaklumlah GWB masih baru berjinak2 dalam persembahan sebegini). Apa yg kami mampu buat adalah cuba memberikan persembahan yg terbaik dari semasa ke semasa.

p/s: gambar dipetik dari pelbagai sumber.terima kasih.

Klik link untuk lihat foto lain dan ikuti page rasmi Gelombang Warisan Biru --->https://www.facebook.com/gelombangwarisanbiru.