BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, April 14, 2013

PERTANDINGAN BAKAT 5S MPPD

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah..dapat lagi aku meng'update' blog post ni..hihi..Mcm biase lah..bila ada event or programme yg aku join  baru la aku ade idea yang nk dikongsikan kt blog ni..huhu.. Lately, sempena menjayakan aktiviti Bakat 5S MPPD kali ni, zon aku n lain2 zon menyertai pelbagai kategori iaitu Bakat Berkumpulan, Bakat Solo-Cipta lagu dan lirik, dan Pertandingan Kuiz..

TARIKH: 12 APRIL 2013(JUMAAT)
MASA: 8.00 PAGI- 12.15T/HARI
LOKASI: DEWAN BESAR MPPD

Sebelum pertandingan dimulakan,sejam lebih ucapan YDP untuk sesi perhimpunan pagi, penyampaian hadiah kemenangan beserta tayangan video pertandingan di UPM tu  seterusnya minum pagi. 
Selepas minum pagi barulah pertandingan ini dimulakan.

Penglibatan dan penyertaan program ni setahu n sefaham aku adalah wajib bagi setiap zon..tapi mcm x semua je yg terlibat?huhu..payah kot kan.. Maka disebabkan itulah, peserta2 yang terlibat semuanya hebat2..fuhhh~! bak kata orang, persaingan yg hebat la..huk2..
Berbekalkan lagu ciptaan sendiri(ececehh) haha..klaka plak.. diberi tajuk Amalkan 5S bersama2 beraksi di atas pentas bersama sahabat yg lain.. 
 Pada mulanya aku cabut no. giliran dapat no.3,tapi bila dah hari pertandingan aku semak balik alih2 aku jadi no.2?aiyooo..peserta no.2 tarik diri la pulak,..bertambah nervous la aku..haduhaaiii~.. nk x nk redah jela..huhu..

So peserta pertama Sara(Zon Glory Beach Resort)dengan lagu 5s Amalanku Selalu, diikuti aku peserta kedua(Zon Seri Malaysia) dengan lagu Amalkan 5S, ke-3 Kak Shima(Zarimah dengan lagu 5S Kita(Bah. Bangunan - x ingat zon la.sorry :( ), ke-4 Azlimah (Zon Klana Resort) dengan lagu Cerita Amalan Kita dan terakhir Puan Miza (Bah. Penilaian).

So keputusannya adalah....jeng3... ^_*
Pertama : Azlimah Muhamad
Kedua: Azirah Muhamad
Ketiga: Zarimah Saari

hehehe.. ramai yg tak puas hati dengan keputusan tu..sebab.......pemenang pertama yg bernama Azlimah tu, kakak den!!wakakaka..adik beradik bolot mau tak puas hati depa..haha.. tapi bagi aku, semua ni rezeki..rezeki ni kan rahsia Allah.. walau mcm mane org cuba gagalkan rancangan ke, sehabis baik usaha yg  kita dah lakukan ke..kalu  Allah tu dah tentu kan rezeki tu untuk seseorang, insyaAllah..untuk dia jua lah.. :)

# ececeh..padahal menggeletar tu..giliran no.3 hihi. ^_^

# with Sara

# with my Sis Azlimah a.k.a Azie

Ok lah, kat sini terdapat  beberapa video yang dapat aku kongsikan.. 

Langkah 1: Sila hentikan pemain muzik latar di akhir page.

Langkah 2: Teruskan menonton dengan tekan butang 'play'


Selamat Menonton! .^_^.


# Azlimah- Cerita Amalan 5S


# Azirah - Amalkan 5S

# Shima - 5S Kita


P/S:  Secara kebetulannya, ketiga-tiga video yang dirakamkan itu adalah pemenang bagi johan, naib johan dan ketiga bagi kategori pertandingan solo..huhu ^_^.

*****
dan seterusnya adalah video pemenang tempat ke-2 bagi kategori bakat berkumpulan dari Zon Klana Resort yg sempat dirakamkan.. Almaklumlah kesemua peserta Zon Klana Resort adalah sepenuhnya ahli Gelombang Warisan Biru.. tapi disebabkan perbezaan bahagian dan zon, maka berpecahlah kami...T_T huk2.

#Dikir Barat- Zon Klana Resort



Ok lah ape yg aku nak akui kan kat sini pasal lagu aku tu, memang aku sendiri yang dapat idea wat lirik mcm tu, melodi yang macam tu.. cuma instruments nye aku serahkan pada adek aku yang lebih tinggi dari aku ni..hihi walaupun dye sibuk dgn class dye kat shah alam sanun, ak pakse dye jugak siapkan lagu aku tu..hik3 yela sebab aku nak harapkan sape lagi?isk3 :'(  dan alhamdulillah..akhirnya siaplah jugak..dapatlah jugak mewakili Zon Seri Malaysia..huhu ^____^
So kat sini aku kongsikan lirik lagu aku. mane lah tau kot2 boleh bagi idea aku yg tak seberapa ni  kat group2 lain yang akan menyertai  pertandingan bakat 5S yang kebanyakan company,agensi2 lain sedia umum tahu pasal 5S ni kan..hehe.(cewah..murah hatinye aku?haha..bluekkkk :p)

AMALKAN 5S

Perubahan yang baik jangan dilengahkan
Mari kita capai persijilan 5S
Lakukan setiap hari
Kekalkan Kecemerlangan
5 langkah mudah jadikan amalan kita

Pertama sisih barang yang tak diperlukan
Kedua susun secara sistematik
Ketiga sapu hingga bersih
keempat seragamkan dan
Kelima sentiasa amalkan 5S..

5S.. Mari kita amalkan 5S
5S.. Mari kita amalkan 5S
5S.. Mari kita amalkan 5S

Simple je kan? sebenarnya motif lirik aku ni supaya dapat memudahkan staff2 or kakitangan yang mendengarnya dapat mengingatinya dengan mudah untuk kelima-lima "S" . Memang aku akui lagi sebelum ni, aku memang susah sangat nk hafal kelima-lima S ni..nak2 ikut turutan lagi,, mmg tak lah aku nak ingat.kikiki..teruk kan..maka tercetus la idea aku utk wat lagu yg mcm ni..



Baiklah, cukuplah sampai disini aku berceloteh. Hanya ini yang dapat aku kongsikan.
Segala keterlanjuran berkata-kata, kesilapan menaip harap dimaafkan.
Terima kasih kerana sudi mengintai sejenak blog saya.Peace!!
Assalamualaikum :)