BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, September 26, 2011

Oh..Contact Lens



Antara perkara yang digemari gadis zaman sekarang ialah contact lens..contact lens ni pkai sebagai penggati mereka yang rase wajah dorg tu nampak cam mak nenek..ekeke..setiap perkara pasti ada baik dan buruknya..

User yg First time memanglah rasa pedih..macam tu la jugak ak ..air mata berjujuran mcm layan cerita sedih..hohoho..mula2 tu memang rasa takut sangat..almaklumlah..matakan..silap2 boleh jadi buta..tapi, kalau pakai,jaga mengikut kaedah yang betul, insya-Allah selamat.. Ak ni xdelah fanatik sangat dengan Contact Lens ni..sekadar mencuba je..pastu bukak la balik..takde la sampai ak nak jadikan collection berderet2..bermacam2 jenis warna..almaklumlah mahalkan..nanti jadi pembaziran pulak..tapi, ak beli la jugak sepasang..hohoho..itupun sebab ada offer masa raya..tapi peringatan ye kepada yang ingin membeli Contact Lens dengan harga yang murah, brand yang jarang kita dengari..Manufacturer yang tidak pasti,,berhati2lah..jangan disebabkan harga sepasang Contact Lens Rm15, anda kehilangan sepasang mata selama-lamanya....uwaaa...Pemilihan warna dan saiz juga memaikan pernan yang amat-amat sangat penting..kalau salah pilih,muke anda akan nampak pelik,hodoh dan menakutkan orang sekeliling yang sedang memerhatikan wajah anda..So, kepada gadis-gadis diluar sana,,berpada-padalah dengan kecantikan terindah yang kita miliki anugerah Tuhan yang tidak terhingga..Nasihat ini untuk diri saya sendiri dan rakan2 yang lain..

KEBAIKAN Contact Lens :

1) Dapat tingkatkan confident diri si pemakai..
2)Tidak menjejaskan penglihatan sekiranya power masalah mata adalah sama pada lens bahkan melapangkan atau membebaskan dari belenggu bingkai spect nenek tua..ekeke
3)Dapat mencantikkan dan memperbaiki imej diri si pemakai
4)Membuatkan wajah sipemakai menjadi anggun, comel dan memposonakan.
5)Memberi perasaan mata sempurna tanpa cermin mata kepada sipemakai..


KEBURUKAN Contact Lens:

1)Penjagaan Contact Lens amat rumit. contohnya, ia perlu ditukar ganti dengan air rendaman(solution) setiap hari.
2)Penggunaan Contact Lens yang telah tamat tempoh(expired date) boleh memberikan kesan yang berlipat kali ganda. Contoh kes: Power masalah oleh mata meningkat sekali gus menyebabkan radang mata iaitu mata menjadi kemerah-merahan,berair dan pedih.
3)Boleh menyebabkan BUTA..
4)Kesilapan pemilihan warna dan saiz akan menampakkan kepelikan wajah anda!
5)Menambahkan hipokritaz (hipokrit) kepada si pemakai apabila mengubah ciptaan yang Maha Esa..huhu..(ups sory kpd sesiapa yg terasa..hehe)




So, Contact Lens ni banyak brand..antaranya ialah Acuvue,Baush & Lomb, Bescon, Blincon, Bionics, Ciba Vision, CooperVision, FreshKon dll

Brand Blincon terbahagi kepada 3 iaitu:
#Classic Colour
#Jazzy Colour
#Elegance

#ha..pic ni mase first time ak try kt kedai..meleleh airmata..tergelak2 sume ada..kesudahannya muke nampak macam orang baru lepas menangis..adehh.. ;-)

#hahai..kebetulan pulak..pakai selendang yang same...adesss...hohoho ^_~

p/s: aku beli contact lens kat member aku yang kerja kat England Optical PD..so kalu ada pape masalah,jumpe dye je sudah..hehe

Okey lah..sampai disini sahaja..
Segala bahan, tips, peringatan atau apa sahaja coretan adalah ikhlas dari diri ak..xde kene mengena dengan fofulariti(popular) semasa..ekeke..
Pesanan ikhlas ini dibawakan oleh Blogcikiera..Chewah..(bunyik cam Dj radio pulaks..hohoho)
ok! thanx 4 reading this entry!
Assalamualaikum~


2 comments:

Unknown said...

sayajual lens freshlook n freshkon..harga freshlook rm20..freshkon rm33..0172546733..utk sbrg prtanyaan

Unknown said...

sayajual lens freshlook n freshkon..harga freshlook rm20..freshkon rm33..0172546733..utk sbrg prtanyaan