BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 2, 2013

Mancing darat katanye!hehe

1 Disember 2013 (Ahad)
Hari ni banyak betol jemputan. Tapi 1 pun ak tak dapat nak pergi.
membayangkan jem diluar sana tu. 
X apalah. maaf lah. Terasa ingin bermanja dirumah bersama mak tersayang.
Almaklumlah,semenjak 2 menjak ni, sibuk belaka.
memang tak lekat dekat rumah!

So lunch, ak masak.
Tengah2 memasak, mak ajak ak bawakkan dye g memancing.
Ok mak. hari ni hari mak. Ya layankan aje.
So macam biasa, mak dengan semangatnye roger geng2 memancingnye.
Siapa lagi kalu bukan makjang ngan makngah ak.hehehe :D

Program: Mancing Darat
Lokasi: Sungai Kampung Paya
Tarikh: 1 Disember, Ahad
Waktu: 4.30ptg - 7.00ptg

Cuaca baik. Redup2 mendung. Tapi pukul4 lebihkan, masih terasa bahang mentarinya lagi.
Aku ape lagi macam miss world. Pakai payung. Makan roti. Macam berkelah katenye.
Joran memang ak TAK sentuh langsung la. Sanggup dok melangok tengok dorang menyembat2, menarik2 ikan.

bila dah xde ape nak buat. roti dah habis telan.
bergambo la kite.
walaupun muke x berapa nak manes.keh keh keh

Steady arr!gegurl2 ni memancing.huhuhu
haa..tengok tu.. dorang da siap2 pakai topi. macam mane ak tak pakai payung kan?ceh.
Kecil hati disitu. >_<
Itu makngah. jauh betul duduknya.
Ak yg dah dok berpayung memang da berat badan nak bangun lg dah.huhuhu

Bila dah xde ape nak buat. Bunga liar ni pun boleh menarik perhatian ak.

Diorang semua da pujuk2, mengayat2 ak suruh pancing sekali.
tapi yela, dorang pun dah tahu and faham perangai ak yang x berapa minat nak mancing ni dorang pun xde la ajak beriya sangat. kang kata ak 'sombong bodo'..berlagak ke x mau join kan.. 
ahh..lantak la..memang dari dulu dorang tau ak sanggup melangok dari pegang joran tu.

Bila da sampai tahap bosan yang xboleh tahan, sampai ak pun terdetik. ahh layan jela..mancing pun mancing la. yang penting korang2 kena pasangkan umpan cacing tu.haha. sape suoh mancing kan.kan da kena susah!.hihihi

So bila dah pancing tu,  wah..ade pulak rezekinye.. mengena pulak umpan ak. hoho
seko-seko naik..wahh..makin rancak.syok jugak!huhuhuhu. walaupun saiz ikannya xde la besa mane. comel2 saiz ak je.huhuhu

Ape2 pun ak memang kena pancing sebelah2 dorang. dekat2. tak leh jauh. 
sebab....
bila umpan habis..
sape mau tolong pasangkan umpan...?
dan...
bila dapat ikan....
sapa mau tolong bukak kan ikan?
haha.. ak memang buta pancing. geli nak pegang cacing dengan ikan yang menggeliut2 licin tu.eyeww.
kesian!

Tapi alhamdulillah. nak dekat 10 ekor gak la aku berjaya mengorat ikan2 tu semua!
hehehehe

Muka bangga! *^_^*
dapat ikan puyu a.k.a betuk!hihihi

cer teka dalam baldi ni ade berapa ekor?
13 ekor? salah...
Haha..percaya tak dalam baldi tu ada 30 ekor lebih.nak dekat 40 ekor?betul!
tapi tu bila dah campur2 kitorang bertiga la.(aku + mak + makjang) huhu

Petang tu memang murah rezeki buat kami..orang lain xde plak semeriah kitorang.
dan kebanyakan ikan yang kitorang dapat adalah ikan talapia dan betuk..
tak dapat lubuk keli plak.. makjang kata lain kali kita pegi yang kat depan sikit. tu tempat keli dengan haruan katanya. hamboi.semangat depa naa.tau je mane lubuk2 nye.hehe
iyelah makjang.insyaAllah. ada masa nanti Ya bawakkan ye. :)

Seronok betul rasa petang tu. rasa puas. Orang2 kampung yang lalu lalang semua berhenti. Tegur kitorang. tertarik tengok gegurl2 ni memancing kot!haha. ^_*
Ada yang cakap bagus..ptg2 xde buat kerja tu g memancing.isi masa lapang.
yeah! give me 5 sikit pakcik budiman yg berkata2 tu. hehe. ;) 

Okey, sampai rumah kira ikan.hohoho.
Bye2. Ada masa kita mancing lagi sekali ye..
kepada en.tunang jgn merajuk ye sebab sy "fokus"memancing n xreply msj awak.hohoho
hebat penangan memancing ni rupenye!
salute!
orait. sampai disini sahaja. terima kasih kerana berminat baca entry ni sampai abeshhh...
(^__________^)"

p/s: Sorry camera low quality. pakai fon biasa je. tab kasi simpan. nanti jatuh masuk sungai woo.hehe(fikiran budak2) yeker? ape2 jela.hehe

Show kerjasama TESCO bersama MPPD

Seperti biasa, bila je ade program, GWB dipanggil untuk persembahan..so pe lagi, 2 minggu lebih kitorg wat latihan untuk persiapan..tambah2 lagu baru.. lame kan 2 minggu? biasala..dengan waktu latihan dari lepas waktu kerja jam 5-7pm tu agak singkat..nak kumpul semua ahli dr lain2 tempat dah brp lame lak kan.. selalunya tu xde la sharp pun balik kul7.. kul8 lebih baru balik..mcm2 nk bincangkan.. arrangement lagu lg..tp ak menyanyi je la..yang kesiannya pemuzik2 ak la nk carik chording, hafal melody lagu baru lg kn..huhu. 2 malam sebelum tu lagi la balik kul9 lebih.. Sampai je rumah  dah keletihan.
Yg lagi sadis, sepanjang beberapa hari kitorng practise tu siap cak lempong bagai, boleh pulak kul 6 lebih nak dekat pukul 7  pihak Tesco cakap dye nak main akustik and santai je.,.?weh,penat weh tang tung tang tung tuh...disebabkan kucar kacir sudah, esok before berangkat untuk setting barang.curik time pas g rumah orang kahwin tu buat latihan lagi sikit.tuka lagu macam permintaan.haiya.
Xpe!pengorbanan dan kesungguhan namanya tu. ;)

Program: Kerjasama TESCO bersama MPPD
Tarikh: 30hb November 2013(Sabtu)
Jam: 8.00 malam
Tempat: Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Macam biasa la bila show pukul 8 malam. Kul 6 lebih ak dah kena gerak awal. tambah2 lagi bila hujung minggu mcm ni, cuti sekolah lagi. waduh2. memang jem gila kt sepanjang jalan pantai.lebih2 lagi area batu 4 sebab ada pasar malam.uwaaaa... T_T

Setelah berjaya menempuh jem di sana disini,akhirnya ak dan En.Tunang sampai juga di Avillion Admiral Cove!Weehoo.. ^_^
Jumpe je dak2 ni kat situ dorang terus cakap..
"lawa baju?" haik..heran gak ak tengok dorang dok relax je. terus ak cakap,
"tak jadi ehhh??"
"a'ah..batal.." faiz cakap...
perghh...

Atas sebab2 yang boleh diterima tetapi sukar untuk dipercayai,kami redha..

*************SHOW BATAL***************

teng teng teng...lalalala....sakit pulak hati kite. macam tak percaya.huhuhuhu

Faiz -- > muka orang frust.. hauusss..hohoh :p

Senyum kambennnn... 

Mendengar luahan hati mereka..turut simpati..
kononnya.caiit! >;(

Faiz & Fitt

Sibuk2..kumpul ahli yg terkandas dengan jem n keta rosak..

Kesian...patah semangat masing2.

Tensionnn katenye..keh keh keh

cek mek molek haus sudaaa..

apo laie..update maa..
"zira upload, nanti  erma 'LIKE' "
ok, set.termeterai 1 perjanjian.kikiki.
-candid-
ok ni baru steady. x candid. :D

Control2..
haa.. ni la gambar yang kitorang upload kt pesbuk.hikhikhik



see? kosong lagi kan. nk tunjukkan bertapa panctualnya kami.
bertapa semangatnya kami
dan..
bertapa kecewanya kami..
kesian.. T_T
pihak pengurusan suruh tunggu untuk dinner sekali.. Tapi tak mengapalah. Ada hal lain yg perlu diselesaikan.
Apa-apa pun terima kasih.
Syukur dengan cobaan dan dugaan kali ini.
Terima kasih kat en.tunang jgk sbb jadi bodyguard hati I.hehe
Terima Kasih Semua.
Maaf andai ada 'kejujuran' berkata-kata
Assalamualaikum.

Saturday, November 23, 2013

Makan Kacang Tumbuh Jerawat - Fakta ke Auta? Tips untuk elak jerawat.

 Haa..tu lah.. bila dah on lappy, rajin je update.. bila dah update tu, mula la ada je benda nak update. Kalau tak tu..sampai berhabuk-habuk laptop ni. huhu.
Okey, itu mukadimah dia je.

Assalamualaikum pembuka bicara, teruskan lah membaca entry saya.
hihihik ;)


Makan Kacang Tumbuh Jerawat - Fakta ke Auta?

Ada orang kata, makan kacang ni tumbuh jerawat. Yes! memang betul. sebab ak pun kata macam tu. hohoho. Itu kalau kita makan kacang tanah..kacang yang dalam Air Batu Campur(ABC) tu ke.. tapi kalu makan kacang panjang pun mustahil korang leh jadi panjang and tinggi kan.huhuh..just mengarut.

Ini kata-kata fakta tentang kacang. Kacang asalnya buah. Bukan terus jadi biji.Betul. Ak pun baru perasan bila baca ensiklopedia pasal kacang ni. Selalu amik ringan pasal kacang. yang ak tau, "ngap" je..hehehe

Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badamgajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasioyang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.

Bila ak selidik-selidik, kacang ni memang banyak kandungan protein.. sebab tu  sapa yang makan, cepat je naik jerawat terutamanya kepada mereka yang kulit berminyak dan sensitif.
Zaman muda-mudi ak dulu elok je makan kacang berkilo-kilo.. tapi semenjak-menjak masuk pertengahan 20-an ni..menjadi-jadi lak xleh makan kacang. Kena pantang kalau tak, makan sebiji je cepat je effect dia. faktor usia and hormon kot. Tapi ak ni dah la memang gemo makan kacang..ngonyeh2 tu.. tapi bila da sensitif tu ak stop la makan kacang. tapi..! sekejap je! bila ak dah tau rahsia elak jerawat makan kacang ni. hehe... jeng jeng jeng,,, *muka bangga.kikiki  ^_*

Tapi ni amalan ak je la bila uncle tempat kerja ak bagi tahu.. dalam hati ak cakap, patotla kebanyakan Indian memang makan kacang  tapi, tak nampak pulak jerawat dorang kan?betol tak? ke ak je yang x perasan.wuwu..
tak tahu lah dengan muka korang serasi ke tak. (dengan ak ok je, berjaya dengan cemerlang) hehehe

Okey ni kacang fevereto ak..tp kesian tak tahu nama.
 ak panggil kacang ABC je(sbb ada dlm ABC)huhu.
 Awal cerita tiba-tiba ak nak share tips ak ni sebab time ak tengah dok ngonyeh makan kacang ni kat kaunter, akk tempat kerja ak ni tegur ak.. apsal ko asing kan benda ni. mcm dalam gambar kat bawah ni..
Hujung kacang or ak panggil "bontot" kacang.ups sory.
Tp mmg mcm tu pun ak panggil.hek hek..
(Sebungkus RM1.50) cewah promote kedai acik belakang.
 Bontot kacang tu dulu paling-paling ak suka makan. sebab konon-kononnya dia kecik je. so effect untuk tumbuh jerawat tu kurang la. tambah lagi rasa dia lemak-lemak..fuhh..dappnye. Padahal sama je..bagai dibaja jerawat tumbuh satu per satu kat muko den ni.aiyark.. +_+

Tapi bila one day ak dah tau dari uncle tu time ak pelawa  uncle tu makan sekali dia tegur "kenapa x makan kacang?" sebab dia tengok  ak halakan kacang tu kat dia maksud ak dah stop mkn. ak jawab " sy makan..dah makan la tu..sikit-sikit je..nanti jerawat la uncle" sambil tangan ak ni pecahkan and makan  hujung kacang yang masih ada saki baki dalam genggaman ak sikit tu. 
Dia cakap lagi " haiyo..jangan makan yang hujung tu la..kasi buang.."
Ak pun terdiam confuse. betul ke uncle ni cakap. Lepas tu ak pun try la ikut macam yang uncle ni cakap. 
Elakkan makan bontot kacang tu.
or senang cakap buang aje.huhu
Itu antara amalan yang ak buat lah untuk dikongsikan bersama kalian... So far, Alhamdulillah la,,xde plak naik jerawat sebab makan kacang tu.. Apa-apa pun kalu baik cuba la, kalau x baik, jangan diikut.. kulit kita berbeza. ada serasi ada tidak kan. so pandai-pandailah nak hidup.Ak share sekadar yang mampu.

********
Thanx for reading my entry!
Assalamualaikum.daaa~




Selamanya jadi 'Budak Lepas SPM'


Assalamualaikum... "Selamanya jadi 'Budak Lepas SPM' " hehe.. best tak tajuk? ke tak faham? hohoho
Ermm..mlm ni entah kenapa dah 2 orang cakap ak mcm tak umur 25thn.. yg sorg tak percaye.. siap mula-mula tu panggil ak 'adik' lagi.hoho.padahal ak tahu dia beberapa tahun bawah dari ak.takpela..ape2 je la..ape ada hal..kan..hehe..tak lama lepas tu ada sorang uncle ni tiba2 tanya ak "u baru lepas SPM eh?" .. ak jawab balik, "hamboi2.. suke hati u je ye uncle.ak dah 25 okey." tapi ak cakap dalam hati jela..kuang3.. gila ak nak suara kan suara hati ak tu?huhuhu
So bila dah ada org ckp ak mcm tu lagi, ak tengok keadaan diri. ohhh...rupa-rupanya malam ni  ak pakai t-shirt besar berlengan panjang dengan seluar tracksuit...memang lah orang nampak ak mcm kekanak.. ak sendiri cakap dalam hati.."da macam budak tadika lak".aptb.hohoho (dengan badan kecik baju gedobos, kaki pendek seluar pun besar gedobos) oh man..*tepuk dahi sat. huhu :p

Actually ak pun confuse, nak kena bangga dengan umur 25 tahun ni atau  ape ek.. kadang-kadang rasa macam bebudak la sangat bila org cakap ak tak macam umur 25 ni.. kadang-kadang tu ada gak rasa nak bangga macam awet muda.. tapi entah la.. dari lepas sekolah sampai dah sambung belajar 2 tempat, dah kerja bertempat-tempat pun orang still kata aku budak lepas SPM..sabo jela..
No matter what, yg penting kita happy! kan kan kan...?hehe
Ak bersyukur je.. okey lah tu org nampak ak muda..tak delah muka tua kan..
Sama jugak dengan kes kalau budak tu umur baru belasan or awal 20-an dorang dah kata muka matured orang suka sebab nampak matang. tapi ada pulak yg akan cakap "kesian umur muda,tp muka nampak tua" kan kan kan?
Tapi itu semua mulut-mulut orang,masyarakat kita..
Hakikat seorang manusia.. "Mana pernah puas" dalam erti kata lain "tidak bersyukur"
Kita semua ciptaan-Nya, sama je.. bukan kita pernah minta pun nak design muka, bentuk rupa,tinggi rendah kita ni..kan.. so kalau kita ada ternampak muka  yg 'unik', 'istimewa' tu..maka bersyukur lah kita dengan apa adanya diri kita ni.




okey, just imagine -  macam budak sekolah? betul jugak tu.. ape boleh buat. badan kocik.huhuhu
#koleksi gambar sukan PBTNS 2013

Kenangan...Pasukan Sorak
SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT) NEGERI SEMBILAN
29.09.2013
Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau
Okey, sampai disini sahaja.. 
Moral of the story, jangan difikir-fikirkan sangat pasal saiz badan kecik-besar, tinggi-rendah, comey ke idok tu..yang penting pandai jaga diri, pandai bawak diri walau dimana sahaja kita berada.kita semua sama sahaja. Hamba Nya.
Wallahualam.


Saturday, November 16, 2013

Selamat Bertunang Azirah Muhamad ^_^


Assalamualaikum..baru hari ni ak dapat update entry setelah berbulan2..huu.. 2013 tahun busy. Syukur Alhamdulillah.. hari yang dinanti-nantikan telah tiba jua akhirnya.. 
" Majlis Pertunangan Azirah & Kamarul"
Tarikh: 27.10.2013( Ahad)
Lokasi: Teratak bunda ku


Tarikh telah dipilih. segala persiapan dibuat perlahan-lahan.dengan kesibukan kerja dan show GWB. Alhamdulillah, akhirnya hari ini tiba jua dengan lancarnya. Rahmat Allah turun bersama rintik hujan sesudah majlis betul-betul selesai. pinggan mangkuk dah clear semua,hujan pun turun memberkati. Alhamdulillah syukur.

Handmade : mini pelamin & goodies
Mini pelamin. barang2 totally ak yg  carik and pilih.pandai2 la nk hidup..servey sana sini..ak kan cerewet!hooho.dorg pun tak nak beli time ak xde.takut kena reject dengan ak.huhuhu.Tq memahami my dearest sister n mummy.hoho.so,pelamin tu mak ak yg rangkakan untuk awalnya..tapi yang menyiapkannya ak sorg-sorg..fuhh..hanya Allah je yg tahu lelahnya turun naik tangga pasang bidai sorg2..kot terbalik la..xtau la..wuu @_@. Pelamin siap kul3.45 pg.. T_T
Okey,Bouquet Flowers ni aku gubah sendiri.
comel kan? hihi  ^_*
On the day.. :)
Berbincang. My Pokde sebagai Buapak  :)
Cincin disarung ke jari manis ku oleh bakal mak mertua ku.. :')
Salam mohon  berkat dan restu. insyaAllah. 

She's start cying. meruntunkn hati ak sekali. oh ibu mertuaku. :'(
Makjang, kakngah(dah tukar baju nak kemas2 katanya.rajin kakak ak!)hehe,yg kecik tu anak buah ak,Sumayyah dan  my mak.love u mak. terima kasih untuk semuanya mak :('  touching.isk2.
Keluaga pihak lelaki. hee :)
Thank you Sahabat-sahabat ku yang sudi hadir.
Zai and his gegurl, kawan2 tempat keja-sorry xsempat amik gambar :(
My Wali from Allah- Abah :')
Majlis bertunang utk 2 org serentak.hohoho
Just kidding. she's my sister-kaklang a.k.a Alongziela

Anak2 saudara ku :D
with them yg meriuhkan rumah.. @_@
My little handsome boy - Muhammad Aniq Khalaf
(Adik Sumayyah)
Hantaran pihak perempuan
Sweet kan? Gubahan oleh kaklang ku, Ziela ( alongziela )

Hantaran pihak lelaki 15 dulang berbalas 19 dulang dari pihak perempuan
*terlebih dulang plok.huhu.yg penting ganjil right? hehee ;D
Okey kek hantaran ni ak tempah kat -- >  mummyra-dbakery
Good! harga boleh runding and ak sangat berpuas hati. almaklumlah, ak ni cerewet orgnye kn.hehe
Oh man.. he's surprise me!
Dia kata x dtg time majlis. Alih2 lepas sarung cincin dye sampai bersama sejambak bunga. So romantic!
TQ So Much sayang!

Terharu! Touching.. cedih.wuuu :')

After make up by kaklang ku.
Talk about make-up-  awal-awal lagi ak memang nak dia yang mekapkan. sebab ak tau dia 'boleh' bg sentuhan kat muka ak ni..lebih2 lagi bila dah belaja mekap with  Nurul Syukor buddy. Almaklumlah..sepanjang terlibat dengan dunia nyanyian dia lah tukang mekap ak. dari kecik sampai ke usia ak sekarang ni. dye lah yg paling paham kecerewetan ak.(simple,natural but nice)huhu.Thank you so much kaklang. jimat kos mekap I. hihik ^_*

Shawl/Selendang - How? Is it cute?hehe..shawl ni pun handmade. ak jahit sendiri lace and pearl beads/manik. Naik pitam ak menjahitnya utk waktu yg singkat tu kan. X_X. Alhamdulillah settle jugak! ^_~

Baju Tunang -  Ada kisah dia sebenarnya. Aku and mak beli time puasa. time nak carik2 baju raya. Padahal beli pun xde sebab. sebab dye ade less kitorg beli. Mak ak cakap beli utk show depan VVVVIP. huhu.meletop sgt! ak time tu mmg la xbrp nk sangat beli sbb ak tengok baju ni pun mmg sesuai untuk majlis2 tunang and kahwin je. Ak and En. tunang xde pun sebut tarikh bila2 nk bertunang ke hape ke..bual2 kosong ade la(hanya dia yg tahu) mak dan seluruh keluarga ak xde pun yg tau pasal perncangan Allah ni. nak tak nak sebab mak, ak beli la jugak. sebab harga asalnya RM 230.00 dapat diskaun tu yg beli gak tu. Alih-alih, lepas raya seperti tarikh yg dijanjikan kami selamat ditunangkan dengan memakai baju tu.hohoho :p

He's my Fiance -- > Mohd Kamarul Arifin bin Abd Shukur
My  Love
My Heart
Okey lah. sampai disini sahaja.. panjang lebar rasanya ak update entry kali ni.Sedikit penghargaan dari aku..

Terima kasih tak terucap kepada adik beradik, keluarga, sanak saudara yang bertungkus lumus membuat persiapan. Terutamanya buat mak tersayang.mak la org yg paling kuat dan hebat didunia yg membuat persiapan majlis ni dari A-Z.huu..tiba2 touching :'( 
dan kepada sahabat handai yang datang dr jauh mahupun dekat terima kasih sudi memeriahkan  majlis kecil ku.

Kepada pihak lelaki, tunang tersayang, Mohd Kamarul Arifin Bin Abd Shukur, bakal mertua dan seluruh keluarganya terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya dan bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Moga hubungan kami direstui kedua keluarga dan diberkati oleh-Nya
Mengharap doa dari semua agar dipermudahkan untuk ke langkah seterusnya dan bahagia buat kami till jannah.
** Selamat mengharungi alam pertunangan**
Assalamualaikum

Thursday, November 14, 2013

Salam Aidilfitri 1434H.. :)

hehe..(awal2 lg da menyengeh ;) ) pertama sekali, aku ingin ambil kesempatan kepada ahli keluarga; mak,abah,ayon,kakngah,kaklang ngn adik ak ajoy...semua pakcik-makcik,sanak saudara dan sahabat sekolah,plkn, poli pmm n ppd serta sekalian yg mengenali untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ak de wat salah dan silap seumur hidup ak ni..isk2.. :'(


okeyyy..tutup cerita sedih. ak hanya berperasaan yg korg dah maafkan ak.simple.hehe
ak just nak share beberapa keping gambar raye ak je. dengan tema baju raye wane merah mmg mampu membuatkn rumah2 yg kami singgah tu 'terbakarr' huhuhu..




yeay, selamat hari raya!

bersemangat rasanya raya tahun ni!sbb...ada Dia <3 td="">

ade saje..hohoho :p

yes. he's my younger brother--> Ajoy.
(still study x habes2.. master in art & design,UITM)

okey, bersama group Gelombang Warisan Biru sempena show raya dan hari keluarga MPPD
@Glory Beach Resort

it's me :D

Penari Gelombang Warisan Biru :D

My mak yg malu2 with my sis,kaklang dtg ke jamuan ni..yeay..
.cantik plak baju dorg.huhu

oh man... he's my heart <3 br="">Thank you for coming sayang!(w/pun baju x same colour)huhu
Throwback--> jemputan our ex YDP MPPD, Tn.Abd Wahab
untuk Majlis Berbuka Puasa di Avillion Cove. Alhamdulillah. :)

kenyang x berhabis!huhu. Alhamdulillah :')


Sekian, sedikit perkongsian my happiness to you.  and thank you so much for reading my entry until the end. maaf andai ada terlanjur kata yang menyakitkan hati dan mata. ;)
Assalamualaikum.