BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t..syukur kehadrat ilahi kerana di panjangkan usia hingga ke hari ini..dan diberi kesempatan untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran nabi kita, Muhammad S.A.W. di padang Majlis Perbandaran Seremban..suasana meriah disambut dengan penuh kesyukuran dan ketenangan..kerana sepanjang sambutan majlis tersebut ruang-ruang diatas muka bumi ini tidak berhentinya laungan selawat sebagai memeringati kelahiran ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Berikut adalah keadaan selepas perarakan maulidurrasul..kami sempat menyimpan kenangan di lokasi-lokasi selepas majlis tersebut...ia adalah untuk suka-suka dan sebagai koleksi saya sahaja dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia ^_^:

dipintu masuk bangunan kraftangan Negeri Sembilan


unik!bentuk hati
posing sekejap! ^_^
senyum sana... ^_^
senyum sini...
dengan sahabat ku..mieza..
welcome home! ^_^

dipadang MPS sebelum bermulanya perarakan

0 comments: